Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Friday, October 1, 2010

KETEGUHAN CINTA

Pagi masih gelap. Lampu neon masih terpasang. Namun kenderaan sudah banyak di jalanraya. Masing-masing sibuk mengejar masa menuju ke tempat kerja di bandaraya. Kelihatan sudah ramai manusia di stesen bas mahupun stesen LRT. Langkah diatur pendek-pendek dan kemas. Baju kurung putih berkain biru siap bergosok tanpa sedikit renyuk. Rambut diikat ekor kuda melambai-lambai ke kiri kanan seiring langkah. Terdapat mata-mata nakal mengekori langkahnya. Semua itu tidak dipedulikan. Yang penting dia perlu sampai ke rumah Nina yang berhampiran dengan sekolah. Dari jauh dia tersenyum melihat sahabatnya sudah menunggu di depan pintu. "Dia dah lalu?" ujarnya setibanya di depan Nina. Nina menggeleng seraya mengangkat beg galasnya. "Tunggu lah kejap." ujarnya lagi. "Kau ni.. cakap je la suka dia . Ni tak. Hari-hari nengok dari jauh. Apa yang dapat?" ujar Nina pula. Terkadang dia rimas dengan sikap sahabatnya itu yang seringkali memaksa dirinya terjebak sama dengan penantiannya menunggu kelibat jejaka idaman.

Adam, pelajar tingkatan 5 sekolah berdekatan dapat memikat hati sahabatnya kerana tindakan pantas jejaka itu menyelamatkan seorang kanak-kanak dari menjadi mangsa banjir yang berlaku tahun lepas. Kebetulan waktu itu hujan lebat dan air sungai berdekatan sekolah sudah menyamai paras jambatan yang menjadi laluan harian mereka. Nina dan Alia berada ditebing sungai bersama ramai lagi pelajar lain yang masih berkira-kira untuk meredah banjir di jambatan tersebut. Air sungai amat deras namun masih terdapat beberapa orang yang berani melintasi jambatan tersebut. Pada waktu itulah tiba-tiba seorang kanak-kanak cuba melalui jambatan tetapi malang arus yang deras membawanya hanyut ke sungai. Ramai yang menjerit meminta tolong dan pada itulah Adam menjadi wira, terjun ke sungai menyelamatkan budak itu tanpa rasa takut. Sejak itu juga nama Adam sentiasa menjadi sebutan sahabat baiknya Alia. Punbegitu, Alia tidak pernah berterus-terang menyukai Adam. Dia sekadar memerhati pergerakan Adam dari jauh. Dia memuja lelaki itu tanpa mahu lelaki itu mengetahuinya. Dia puas sekadar melihat Adam sewaktu pergi dan balik sekolah. Melihat kelibat Adam setiap pagi sudah cukup untuk menyuntik rasa ria dihatinya.

"Ha.. tu da sampai." ujar Nina sambil menjuihkan bibir. Alia tidak terus berpaling. Dia menunggu Adam melepasi rumah Nina. Adam bersama rakannya berjalan seiring sambil menjeling Alia yang seringkali mencuri pandang padanya. Gadis itu comel pada pandangannya namun entah kenapa Alia begitu malu padanya. Sebaik melepasi rumah Nina, Razif menyiku lengan Adam sambil tersengih. "Tak penat ke korang berdua ni dok jeling2 je?" Razif sebagaimana Nina sedar sahabatnya menyukai gadis itu. Setiap hari mereka pasti bertentang mata dan kemudian melarikan pandangan. Padanya Alia sesuai dengan Adam yang agak pendiam tetapi tegas kerana dia tahu Alia seorang yang aktif dan ceria. "Apa kata aku jumpa dia, cakap kau suka dia" ujar Razif lagi."Hissh kau ni. Malulah aku. Orang kata hidung tak mancung pipi tersorong-sorong." bantah Adam. "Memang hidung kau tak mancung pun.." usik Razif lagi. Deraian ketawa Adam dan Razif mengundang rasa kurang senang Nina. "Diaorang mengata kita lah tu." ujar Nina sambil melangkah laju menuruti langkah Adam dan Razif yang ternyata lebih panjang dan pantas. Alia terseyum cuma. Masih terkesan dihatinya jelingan tajam Adam tadi yang pastinya memberi semangat untuknya terus ceria di sekolah nanti.

Masa terus berlalu. Tingkatan 5 telah lama ditinggalkan. Tiada lagi rutin persekolahan. Keputusan SPM juga sudah ditangan. Tinggal menanti jawapan untuk menyambung pelajaran. Begitu juga dengan Alia. Selama 4 bulan percutian belajar, Alia sempat bekerja di restoran makanan segera di ibukota. Di situ juga hubungannya dengan Adam telah terjalin. Tiada lagi mencuri pandang. Tiada lagi penantian. Alia bahagia dengan percintaannya bersama Adam. Mengimbas kali pertama Adam menegurnya di tempat kerja. Hampir terjatuha fryer yg dipegangnya. Waktu itu Adam dibahagian dapur dan Alia di bahagian counter. Dia langsung tidak menyedari yang Adam juga bekerja disitu. Mungkin shift berlainan menyebabkan dia tidak perasankan Adam. "Alia... lepas kerja saya tunggu awak ye." ujar Adam perlahan semasa Alia sedang meletakkan kentang goreng di 'fryer'. Alia menoleh sekilas. Terkedu Alia disitu. Terkejut, hairan dan gembira berbaur.

Malam itu selepas kerja mereka bersiar-siar di Dataran Merdeka. Pemandangan malam di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad memang indah. Lampu-lampu kecil yang menerangi setiap inci bangunan dan lampu hiasan yang bergayutan di pohon angsana disepanjang jalan menambah seri keindahan malam. Namun perbualan diantara Alia dan Adam agak terbatas kerana rasa malu yang menebal. Tiba di hujung padang berdekatan air pancut periuk kera, Adam mempelawa Alia duduk di bangku menghadap tiang bendera tertinggi Asia. "Alia... awak malu dengan saya?" soal Adam jujur. Alia angguk tetapi matanya tetap memandang tiang bendera. Adam turut memandang arah yang sama sambil kepalanya ligat menyusun bicara. Dia bimbang sekiranya kata-katanya nanti mengguris hati gadis idaman."Awak pernah fikir tak kenapa dulu saya pergi sekolah pada waktu yang sama?" "Dah... rumah awak dekat dengan sekolah, memanglah hari-hari keluar waktu sama." pantas Alia menjawab namun jauh disudut hati mengharapkan jawapan berbeza. "Sebab saya tunggu awak." Adam menjawab. Hati Alia berbunga. "Ye ke? Boleh percaya ke ni?" soal Alia ragu. "Ok. Kenapa saya tiba-tiba kerja McD yang sama dengan awak? Padahal banyak je McD lain kat KL ni?" Adam mula berteka-teki cuba memancing jawapan ikhlas Alia. Memang dia sentiasa mengikuti perkembangan Alia secara senyap. Melalui Nina, dia tahu tentang segalanya tentang Alia. "Itu lah takdir namanya." jawab Alia sambil tertawa. Terpamer barisan gigi yang putih dan teratur ditambah lesung pipit di sebelah kanan pipi. Manis sungguh! "Agaknya apa fungsi sangkar kat atas tiang tu ye?" tiba-tiba Alia bersuara. Adam tersenyum. Dia membongkokkan badannya ke depan dan memandang tepat pada Alia. "Kalau saya kata untuk kurung awak kalau awak lupakan saya, apa pendapat awak?" Alia kaku menahan debar. Sedari tadi dadanya berombak. Masih tidak percaya dia bersama Adam yang masih tajam merenunginya. Adam kembali bersandar disisi Alia. Cuba mengendurkan suasana. "Macamnilah Alia. Mulai sekarang kita tak perlu lagi berahsia. Awak dan saya jadi kita. Ok tak?" cadang Adam bersahaja. Mata masih ke arah bendera yang berkibar mengikut tiupan angin. Dia tidak mahu terlalu serius. Dia mahu Alia selesa bersamanya. "Hmm... Kalau macamtu sayapun boleh lah kurung awak kat situ kan?" ujar Alia memberi persetujuan secara berkias. Perlahan tangan Adam menggenggam tangan Alia.

"Alia.. surat kau." ujar Farah rakan sebilik Alia di universiti sambil mencampakkan surat kepada Alia. Alia bingkas membuka surat tersebut. Melihat tulisan namanya dia tahu siapa pengirimnya. Farah sekadar melihat rakannya itu dengan pandangan kosong. Setiap bulan rakannya itu pasti menerima surat dari negara matahari terbit. Hairan juga dia kerana dizaman global dimana jarak bukan penghalang komunikasi, Alia masih memilih untuk berutus surat. Bukankah lebih mudah menggunakan email, skype, facebook, twitter dsbgnya yang lebih pantas memberi berita? Malah lebih telus dan jujur. "Apa cerita? Bunga Sakura dah luruh?" perli Farah. Alia tersenyum cuma. Bukan Adam tidak beremail dengannya tapi Alia memang lebih gemar menerima surat. Perasaannya sukar digambarkan. "Dia nak balik cuti ni." ujar Alia. Pendek. Farah mengerut dahi. "Tapi kau kan kena siapkan thesis?" Alia berbaring dikatil sambil terus membaca surat dari Adam. "Pandailah aku bahagikan masa." Farah duduk di tepi katil Alia. "Tak penatkah bercinta lama-lama. Jauh pulak tu. Boleh percaya ke dia tak de orang lain? Tak pernah ke kau rasa cemburu?" soalnya ingin tahu. Alia tertawa. Rakannya itu selalu sangat bertanya soalan begitu padanya. Mungkin disebabkan kawan-kawan sekeliling yang tidak setia dengan pasangan masing-masing. Mungkin juga kerana dia sendiri pernah kecundang dalam cinta menyebabkan dia sering bertanya begitu. " Kalau tiada kepercayaan, jangan bercinta. Nanti sakit hati je yang dapat." ujar Alia berseloroh sambil memicit hidung Farah.

Adam merenung tiang bendera dihadapannya. Tegak dan tegap. Putih bersih tiangnya tanpa cacat cela. Kepalanya mendongak melihat sangkar dipenghujung tiang yang fungsinya untuk pekerja melakukan kerja-kerja selenggara, pembersihan dan penukaran jalur gemilang. Terimbas kenangan bersama Alia sebelum dia berlepas ke Jepun. Alia tak henti2 mempersenda dirinya agar dikurung disitu sekiranya dia melupakan Alia. Ah... indahnya saat itu. Sinar mata Alia penuh harapan agar cinta mereka terus segar mekar dan kukuh sekukuh tiang itu. "Adam, aku tahu kau sayangkan Alia tapi aku juga begitu. Kami amat serasi dikampus. Keluarga ku juga. Alia menceriakan keluarga kami, Adam." Razif yang pernah menjadi sahabat kini telah menaruh hati pada Alia. Selama ini tidak pernah dirinya berburuk sangka pada Razif bila dia sering mengatakan yang Alia seperti dekat padanya. Dia juga tahu sejauh mana keakraban Alia dengan Razif kerana Alia begitu jujur dengannya. Namun peristiwa yang baru berlaku bulan lepas benar-benar mencabar keegoannya sebagai lelaki. 'Adam. Aku kena tangkap dengan Alia. Maaf.' Bukan setakat pesanan ringkas dari Razif. Email dari Alia juga mengesahkannya. ' Adam.. saya tak tahu macamana nak terangkan. Tiba-tiba semua kawan serumah Razif keluar pergi makan. Kawan saya Farah juga ikut kerana seorang rakan Razif yang juga kekasihnya mengajaknya pergi. Tinggal saya dengan Razif dalam rumah sewa menyudahkan thesis saya yang hampir siap. Tak lama lepas tu, datang pegawai dari Jab Agama. Saya dan Razif sendiri terkejut. Saya malu, Adam. Saya tidak melakukan perkara terkutuk. Saya perlukan kepercayaan awak. Saya hanya sayangkan awak.' Adam melepaskan nafas. Berat. Sebenarnya kepulangannya bercuti adalah untuk merisik Alia. Namun apa yang berlaku benar-benar melukakan hatinya.

"Aku serius ingin memperisterikan Alia, Adam. Setelah apa yang berlaku, keluargaku mendesak agar kami berkahwin." Kata-kata Razif sekali lagi membuat Adam tersentak. Mudahnya dia meminta Alia dilepaskan. Adam akui dia tiada apa-apa ikatan dengan Alia namun hubungan mereka telah berlanjutan selama 5 tahun. Tidakkah Razif merasa dirinya umpama Belanda minta tanah? Diberi sedikit mahu rampas semua? Adam masih lagi merenung tiang bendera. Dia tahu kesetiaannya mula tergugat. Dia gagal mempercayai Alia sepenuhnya. Kenapa harus Alia berduaan dengan Razif? Benarkah keakraban mereka sekadar sahabat sekampus? Benarkah segala cerita dalam surat-surat kirimannya atau sekadar omongan kosong untuk menggula-gulakan dirinya yang jauh dimata? "Apa yang kau dapat sedari tadi merenung tiang tu?" Razif mula gusar bila Adam tidak bereaksi pada bicaranya. Dia juga bimbang Adam masih ingin meneruskan rancangannya meminang Alia. Dia tidak mahu berputih mata. Setelah apa yang dirancangkan berjalan begitu lancar. Dia tahu hati Adam pasti tercalar dengan berita khalwat Alia dengannya. Adam menoleh ke arah Razif. "Apa sebenarnya niat kau, Razif?" Adam cuba meneka fikiran jahat Razif. Dia tahu benar sikap Razif dan dia kenal hati budi Alia. Cuma dia salah kerana mempercayai Razif. "Aku cuma ingin memberitahu kebenaran. Aku sayangkan Alia. Aku harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Nama Alia dah busuk Adam. Keluarga kau pasti tak setuju menerima Alia sebagai menantu." terang Razif panjang lebar. Adam mengangguk kan kepala. Fahamlah dia kini permainan Razif. "Sebelum ini aku sudah hilang kepercayaan pada Alia tetapi kini mari ke rumah Alia. Aku janji untuk pergi kerumahnya petang ini." ujar Adam sambil berjalan meninggalkan Razif terpinga-pinga.

Suasana majlis kesyukuran yang sederhana tetap meriah dengan kehadiran saudara mara. Alia kelihatan begitu ayu dengan baju kurung moden berwarna merah jambu pilihannya. Dia berdebar menunggu wakil pihak lelaki didalam bilik yang siap dihias warna sedondon.. Dengan perjanjian ikatan pertunangan selama 3 bulan, sahlah kini dia telahpun disunting orang. Setelah jari manis tersarung cincin hilanglah sudah kegusaran dihati. Segala tohmahan pasti hilang dengan berita pertunangannya nanti. Farah yang menemaninya tidak putus-putus mengusiknya yang sudah berdarah manis. Di luar rumah, tetamu telahpun beransur pulang. Tinggal beberapa orang saudara dekat yang masih bertamu. Ibubapa Alia masih mampu tersenyum melayan kerenah saudara yang mengetahui perkara buruk yang berlaku pada anak perempuan tunggalnya. Di hujung simpang rumahnya berhenti sebuah kereta Honda berwarna hitam. Serentak itu Adam keluar bersama Razif menuju ke rumah Alia. Sesudah bersalaman Adam duduk di ruang tamu bersama Razif. Razif yang sudah biasa dengan keluarga Alia tidak canggung berbual mesra. Tidak lama kemudian Alia keluar dari bilik bersama Farah. Dia sudahpun bersalin pakaian. Dengan hanya berbaju T dan berseluar jeans Alia kelihatan begitu ringkas dengan wajah yang polos. "Kenapa awak lambat? Janji nak datang awal." ujar Alia sambil duduk disebelah Razif memandangkan kerusi disitu kosong. " Janji tetap di kota kan?" ujar Adam sinis. " Dah puas nengok tiang bendera Razif?" ujar Alia pada Razif pula. "Aku tak tau apa yang menarik kat tiang tu. Si Adam ni dok tenung sampai teleng kepala." seloroh Razif cuba menyembunyikan rasa gusar sambil mencari ikhtiar menyampaikan niat. "Adam, aku dan Alia saling menyukai antara satu sama lain. Aku tahu kau kecewa pada kami tapi kau kena terima kalau Alia bukan jodoh kau." ujar Razif sambil menarik tangan Alia. Bulat mata Alia memandang Razif. Begitu juga Farah yang datang membawa minuman. Adam mengukir senyum. "Sebelum ini aku pernah hilang kepercayaan pada Alia tetapi kini aku lebih pasti pada kesetiaan dan kejujurannya. Aku memang teringin mendengar kau mengatakannya didepan Alia kerana Alia begitu percaya dengan kejujuran kau sebagai sahabat." ujar Adam penuh tertib. Serentak itu Alia menyentap tangannya seraya melayangkan penampar di pipi Razif. Razif terpinga-pinga. "Alia!" ujarnya sambil menyapu pipinya yang sakit. Dia tidak menyangka Alia akan bertindak begitu. Lebih-lebih lagi kenduri tersebut adalah kerana Alia terlepas dari tuduhan berkhalwat dengannya.

Malam itu setelah disoal pegawai agama, Farah datang semula bersama Nora dan Siti kerana tertinggal beg duit. Mereka telah menerangkan segalanya di mahkamah dan telah diputuskan yang Alia bukan berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan. Perkara itu membuatkan Razif semakin tertekan. Oleh kerana mengetahui Adam akan pulang ke tanahair untuk mengikat pertunangan dengan Alia, Razif terpaksa bertindak memburukkan Alia dengan mengatakan mereka benar-benar sabit kesalahan berkhalwat. "Aku tak sangka begini sikap kau, Razif. Aku benar-benar tak sangka." Farah meluahkan kesal. Barulah dia faham mengapa tiba-tiba ada pegawai agama datang ke rumah sewa Razif. Alia sekadar merenung Razif dengan pandangan yang tajam. Dia faham kini mengapa Adam begitu beria menyuruhnya merahsiakan majlis pertunangannya dengan Adam. Rupanya ada perkara yang ingin dibongkar. "Razif, aku minta maaf tidak dapat menunaikan permintaan kau. Majlis ini bukan sekadar majlis kesyukuran atau doa selamat semata. Hari ini adalah hari pertunangan kami." tenang Adam menerangkan kedudukan sebenar. Razif terpempan. Rancangan Adam telah terlaksana. Dia bingkas bangun mahu meninggalkan mereka semua. Tidak sanggup rasanya menunggu untuk terus dipersalahkan. Adam menahan Razif." Tak baik datang majlis orang tanpa menjamah hidangan yang disediakan. Sudahlah. Aku maafkan kau Razif. Aku faham perasaan kau." ujar Adam. Sekonyong-konyong gugur airmata seorang lelaki bernama Razif. Adam terus memeluk Razif. Begitu juga Razif. Persahabatan mereka yang begitu lama tidak wajar dileraikan hanya kerana seorang perempuan. Alia dan Farah menarik nafas lega. Akhirnya segalanya berada di landasan yang betul.

Friday, May 7, 2010

Noktah Cinta

Desir angin menyapa lembut ke pipi. Dahan-dahan terbuai meliuk lentuk bagaikan menari mengikut rentak hembusan bayu. Malam semakin pekat warnanya. Hanya dihiasi neon malap di tepi-tepi jalan. Kesunyian malam sesekali dicemari suara deruman enjin kereta anak-anak muda yang semakin hanyut mengikut acuan negara matahari terbenam. Entah mengapa, kedinginan malam tidak dapat memaksa mata dari terus lena untuk bermimpi. Mungkin kerana aku memang sedang bermimpi. Perlahan aku mengatur langkah ke ruang tamu rumah. Punat merah alat kawalan jauh televisyen kutekan. Rancangan TV berbayar yang masih bersiaran tiada yang menarik minatku. Apakah yang mengganggu minda? Bayang-bayang semalam masih tidak dapat kutinggalkan. Kehidupan kulalui tanpa tujuan. Tidak pasti apa yang berlaku disekeliling. Segala peristiwa biasa saja. Hari tetap datang dan pergi. Kaki melangkah kembali ke balkoni. Dari jauh kelihatan sekumpulan anak muda berkumpul, bermain gitar sambil berbual kosong. Mudahnya menjadi mereka. Tiada perkara yang harus difikirkan. Atau mungkin tidak mahu membuang masa dengan berfikir. Seperti aku. Apalagi yang kau inginkan? Berapa lama lagi harus kau menanti? Kenapa harus terus-terusan membohongi diri dengan pujukan yang dia juga seperti engkau sedangkan engkau tahu realitinya, Nadia? Kenapa?

Ahmad Hisyam. Nama yang tidak mungkin luput dari ingatan. Cinta pertama. Manisnya zaman remaja. Gembira tanpa tangis hiba. Niat ke sekolah bukan kerana menimba ilmu. Tetapi kerana kegembiraan dan keriangan bersama teman-teman yang menjadi keutamaan. Juga kerana satu perasaan aneh yang mula berputik dan bercambah semenjak sering menjadi mangsa renungan mata jejaka pujaan. Dimana dia? Mungkinkah dia bahagia? Pasti. 10 tahun tiada hubungan. Dia pasti telah melupakan. Jadi? Mengapa masih ingin berharap? Masih ada yang belum selesai barangkali. Masih cinta. Entah mengapa seraut wajah itu menguliti minda. Bukan setakat wajah, malah semua kenangan tentang Ahmad Hisyam masih kukuh diingatan.

"Nad.. nengok budak yang buat air tu. Jambu.." ujar Lin sambil menjuihkan bibir ke arah dapur restoran. Aku menoleh seimbas lelaki yang berdiri membelakangi tempat dudukku. Remaja lelaki bertopi biru sedang tunduk sambil tangan melakukan tugasnya membancuh air. Raut wajahnya sederhana berkulit cerah dan berambut sedikit panjang dileher. Aku berpaling semula ke kedududkan asal sambil tersenyum nakal ke arah Lin. Hazlin, sahabat baikku sejak menjejakkan kaki ke unversiti di tengah bandaraya. Orangnya bijak, nakal dan cantik. Ke mana pergi, dia sering mendapata perhatian mata-mata lelaki hidung belang. Tetapi Lin bukan jenis yang mudah didekati. Dia adalah dari jenis jinak merpati. Lin semakin galak merenung tatkala melihat budak itu tersipu malu. Perlahan dia melangkah kearah kami yg duduk disebelah kanan restoran. "Milo ais 2?" tanyanya. "Ya.." jawab Lin mengenyitkan mata. Aku sekadar tersenyum melihat gelagat Lin. Bila dia berpaling padaku tiba-tiba dadaku berdegup kencang. Mata bertentangan. Dia memberikan senyuman padaku dan saat itu kurasakan dunia disekeliling terhenti seketika.

"Nad... ader budak bergaduh!" Yasmin menjerit sambil berlari ke arahku. Bergaduh lagi? Biarlah. Waktu persekolahan pun dah lepas gerutuku.  Minggu ini saja sudah 3 kali aduan bergaduh ku terima. Punbegitu, tiada satu pun yang ku maklumkan kepada guru. Termengah-mengah Yasmin mendapatkanku. Aku menunggu bicaranya. " Budak tu...yang selalu dengan Izuan pun terlibat sama." Dada berdebar. Tidak tahu dari mana perasaan itu datang. Dia tidak pernah menegur. Apatah lagi berbual mesra. Sekadar memberi renungan yang begitu sukar difahami tiap kali terserempak di hentian bas. "Biar la Min. Bukan ada boyfriend aku pun yang bergaduh tu. Esok2 cikgu dapat tahu, kena buang sekolah baru padan muka. Tiap minggu nak bergaduh. Entah apalah yang diaorang dapat." ujar ku. Namun debar dihati hanya aku yang tahu. Dalam diam ku panjatkan doa agar tidak terjadi apa-apa padanya. Sebagaimana diduga sebulan selepas beberapa siri pergaduhan diluar sekolah, 2 daripada 8 pelajar yang terlibat telah dibuang sekolah. Berita itu kusambut dengan rasa hiba. Kenapa harus membodohkan diri terlibat dalam perkara2 yang mencalar maruah diri? Kenapa mesti menjadi nakal demi meraih populariti? Kenapa mesti menjadi wira yang kecundang demi menarik perhatian gadis-gadis mungil? Dan hari terakhir dia disekolah kuhantar dengan jelingan yang amat tajam.

"I dah nak habis kerja. Will you wait for me, Nad?" suaranya menghentikan lamunan. Terbeliak mata Lin. Kakinya menguis kaki ku. Bingung melihat remaja itu. Aku bungkam. "I Lin.. you?' Ujar Lin menyelamatkan keadaan. "I Hisyam. Ahmad Hisyam." ujarnya sambil menyambut salam Lin. "Boleh tunggu I?" Ujarnya lagi. Kali ini dia bertanya pada Lin. Lin merenungku tajam. "Ok." Jawab Lin. Remaja itu tersenyum dan kemudian beredar. Manis sekali dimataku. Tahi lalat di bawah bibir menambah kemanisan wajahnya. "Hello.. ada apa yang patut aku tau?" Aku sekadar angkat bahu. "Kawan lama."jawabku. Lirih. " Kawan lama yang macamana yang buat kau macam tersampuk?" tanya Lin sambil mengecilkan mata. Aku membiarkan soalan Lin tanpa jawapan. Lin menghirup air milonya sehingga habis. " Ok. Takpe. Past is past. Tapi kalau nak cerita, I'll lend my ears for you tau!" ujar Lin sambil matanya melihat Ahmad Hisyam yang sudahpun membuka apron. Ahmad Hisyam kemudian melangkah ke arah kami. "Well, I'm done here. Boleh I join you all sembang2?" Aku kembali berdebar. Kenapa? "Hmm.. sorry. Can't join you. I ada date at 5.. so I pergi dulu. Maybe next time ya Syam. Nice meeting you." ujar Lin sambil bingkas bangun untuk meninggalkan aku. Date? Bila masa? Ah.. Lin sengaja memberi peluang padaku barangkali. " I pun nak balik lah." Ujarku selepas Lin hilang dari pandangan. "Ok. I ikut." ujar Ahmad Hisyam.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, dia banyak berbual. Tentang sekolah. Tentang kawan-kawan. Tentang apa yang dilakukan pada waktu itu. Aku senang mendengar ceritanya. Aku tenang mendengar suaranya. Aku hanyut melihat matanya. Aku tenggelam dalam dunia ciptaanku. Apakah ini cinta? "You are not here, Nad." kata-kata itu menyedarkan aku. "Kenapa pulak?" tanyaku. Jujur. Dia tunduk sambil menarik nafas." You tak concentrate. I memang merepek. Cerita entah apa-apa. Tapi I tak tahu you kat mana. You jawab. You ketawa. Tapi I tak rasa you dengan I lah. Where you?" ujarnya panjang lebar. Matanya menangkap mataku. Itu memang kelemahan ku. Dari dulu. Sejak aku selalu bertugas didepan pagar sekolah setiap pagi. Sejak aku mewakili sekolah dalam persembahan teater. Juga sejak terpaksa menghadiri mesyuarat2 persatuan bersamanya. "You memang anti dengan I kan?" soalnya. Aku membiarkan dia bermain dengan soalannya sendiri. Bas berhenti di destinasi. Aku terus turun diikuti Ahmad Hisyam. " Rumah you jauh lagikan?" soalku pula. "Hmm jauh. Duduk kejap." ujarnya. Aku membontotinya. "Kenapa?" soalku lagi. Sekali lagi dia menarik nafas dan menghembuskan perlahan. "Boleh I pegang tangan U?" Hah! Pegang tangan? Minta izin? Sweet but... Perlahan dia memegang tanganku. Terasa darahku panas. Aku membiarkan saja perbuatannya. "I tak tau apa you rasa. Tapi I nak you tau apa I rasa. I suka you. I tak kisah kalau you tak suka I sebab I pun bukan jenis lelaki budiman." Dia berhenti disitu. Aku menanti bicara. "I tau banyak you dengar cerita tak baik tentang I yang buat you takut berkawan dengan I. Tapi I harap you bukan jenis mudah menerima cerita orang. You teruskan life you macam biasa so do I. But you should know that I really loves you. Maybe I'm not that good in this.. cinta. But we can try, right?" Aku terpempan. Selama ini perasaan itu memang ada. Tapi tidak terluah dengan kata-kata. Dia masih memandang ku. Aku terus tunduk sambil membalas genggaman tangannya.

"Nad.. kita hantar Abang Zul g airport nak?" tanya Lin. Aku mencemikkan muka tanda malas. "Jom la. Kesian dia. Dah la you tak layan dia. Atleast dia nak balik kampung, kau hantarlah.." pujuk Lin. Aku terus menonton TV tanpa mengendahkan pujukan Lin. Zulfaizal, teman sekuliah selama 5 tahun di universiti. Sangat sabar melayan kerenahku. Sebut apa saja pasti ditunaikan permintaan ku. Terkadang hati terusik jua dengan kebaikannya. Tapi Ahmad Hisyam tetap beraja dihati. Dimana dia? "Nad.. berpijaklah di bumi nyata. Hisyam tak pernah cintakan kau.. Dia sengaja mempermainkan perasaan kau. Sebab dia tau jauh disudut hati kau tu ada dia. Kalau benarlah macam dia kata, takkan dia sanggup hilang macam tu je." Aku membiarkan bebelan Lin. Biar apapun orang kata. Aku tetap menyintai Ahmad Hisyam. "Abang Zul tunggu kau kat luar dah tu. Jom la. Bagi la peluang terakhir dia tengok kau sebagai kenangan paling manis untuk dia rawat luka hatinya." Ya. Ada betulnya kata-kata Lin. Aku bukan perempuan kejam yang harus menyeksa hati lelaki gara-gara berdendam dengan lelaki yang bernama kekasih. Dengan malas kuheretkan jua kaki berjumpa dengan Zulfaizal.

Terminal 3, Subang. Zulfaizal ceria melayan rakan-rakan seperjuangan. Tawa ria nya menutup lara hati. Dalam diam aku mengagumi ketabahan Zulfaizal, pelajar cemerlang Fakulti Sains Kuantitatif. Kekecewaannya tidak menghalang dirinya dari terus mempertahankan kedudukannya sebagai pelajar gred 1. Sesekali dia melirik ke arahku. Sayu pandangan itu. Kejamkah aku? Lin menguit bahuku. Memahami apa yang tersirat difikiran Lin, aku menuju ke arah Zulfaizal. Zulfaizal ku lihat meninggalkan rakan-rakannya. "Nadia.. doakan kejayaanku di bumi kelahiranku ok?" ujarnya bersahaja setibanya dihadapanku. Aku tersenyum cuma. Tahu beberapa pasang mata seakan benci melihat kehadiranku. Zulfaizal menarik tangan. Aku hanya menurut sambil terpinga-pinga diperlakukan seperti itu. Sebelum ini hanya Ahmad Hisyam yang berpeluang seperti itu. Alangkah berbezanya perasaan ini. Tiada rasa kecuali simpati kerana tahu dia masih berharap padaku. " Nadia.. aku akan cuba untuk melupakan kau selepas ini. Walaupun aku mungkin tidak berupaya untuk membuang kau terus dari hatiku. Tapi aku masih ingin menjadi sahabat sebagaimana yang kita lalui selama ini. Aku mahu terus menjadi dahan yang kukuh untuk kau berpaut bila tiba saat kau sangat memerlukan aku." Terharu aku mendengar luahan Zulfaizal. Sayang, dia bukan Ahmad Hisyam. Aku tunduk tanda faham. "Ok then, aku nak dengar yang baik2 je tentang kau nanti. Jangan lupa jemput kalau nak makan nasi minyak. Aku sanggup terbang dari Miri untuk kau." ujar Zulfaizal sambil memicit hidung seraya melingkarkan tangannya ke bahuku dan kami beriringan seperti itu sambil menuju ke arah rakan yang ditinggalkan tadi.

Terasa letih sejak pulang dari Subang sejam tadi. Aliran trafik yang bertali arus merupakan keadaan biasa di kawasan itu. Aku merebahkan badan ke sofa disertai hembusan nafas berat. Lin memerhatikan saja tingkah laku ku itu. "Apa yang tak kena?" soalku. Terasa Lin begitu serius sejak tadi. Lin duduk berdepan dengan ku. Matanya bulat merenungku." Aku tak pernah tengok perempuan bodoh macam kau." ujarnya dengan nada marah. Aku sekadar memandangnya. "Kau suka dia kan?" tanyaku memacing amarah nya. " Memang.. tapi aku tau dia takkan suka aku dan aku juga gembira yang dia sukakan kau tapi aku kecewa bila kau melukai dia. What is in your mind? Hisyam tu kalau dah mati pun kau tak tau. Sekuman pun tiada diri kau dalam ingatan dia la Nad. Orang macam tu yang kau nak tunggu? Dan aku rasa kalau Hisyam tau tentang Zulfaizal, dia pasti kembali menggula-gulakan perasaan kau sambil ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan kau." luah Lin. Pedih mendengar kata-katanya. Memang aku bodoh. Biarlah. Aku rela diperbodohkan Ahmad Hisyam. Tapi aku yakin dia sayangkan aku cuma mungkin dia dalam kesulitan yang aku sendiri tidak pasti.

Truuut..truut...truuut..truuut... Kami sama2 memandang telefon. Aku bingkas mendapatkannya dengan harapan untuk tidak terus bertengkar dengan Lin. "Hello.." gemersik suara dihujung talian. Aku sedikit tersentak. Suara itu. "Hello. Nak cakap dengan siapa?" soalku namun masih cuba meneka pemilik suara. "Nadia.. you ke?" Ganggang telefon hampir terlepas dari peganganku. Ahmad Hisyam? "Hello ..." Lin merenung dengan penuh tanda tanya. Dengan segala kekuatan aku menjawab panggilan. "Where have you been?" Terasa peritnya merindu. Sedih, gembira berbaur. Namun suaranya juga tidak ceria. Kenapa ya? " You miss me, Nadia?" aku cuba menahan tangis. Nafas mula berombak. Kenapa mesti itu yang ditanya. Tidak tahukah dia betapa sukarnya menahan rindu ini? Bukan setahun dua. Lima tahun sejak dia meluahkan perasaannya dulu. "So, you don't miss me." ujarnya. " Why you said that?" Aku cuba menepis kata-katanya. Lin duduk di sofa sambil cuba mencuri dengar perbualanku. Terdengar tawa Ahmad Hisyam."So, you miss me? Tell me. I wanna hear that." Aku sekadar mengangguk walau tahu dia tidak nampak perbuatanku itu. "Ok. you miss me sampai tak boleh cakap. You miss me sangat-sangat sampai terpaksa berpegangan tangan dengan orang lain. You love me but you let others hugs you. Wow.. you really love me la dear.." Aku terpempan. Dia ada di airport. Tapi dimana? Kenapa tak tegur. Kenapa menghendap."It's not like what you think, Syam." cuba mengelak tuduhannya.

Terbeliak mata Lin mendengar nama itu. "Yeah..yeah.. not like what I think. So, apa yg jadi? Ooo.. dia ter peluk you dan you tak sangka sampai tak reti nak elak.. so sweet." Sekali lagi aku terpempan. Lelaki ini mencabar kesetiaan ku selama ini. "Hey.. yang you nak marah-marah ni kenapa? Selama ni mana you pergi ada you bagitahu? I macam orang gila tunggu you, and now you sukahati tuduh I macam tu. If I suka pun dekat dia, I layak. Sebab you tinggalkan I tanpa jejak." balasku. Nada suaraku juga tiba-tiba meninggi. Lin terus memasang telinga. "I further study la sayang. I cari you tapi you dah pindah. I ingat tak pe la, balik nanti I akan terus cari you. I nak surprisekan you. I tak nak family you reject I yang jahat ni. I really happy sebab nampak you kat airport tadi. I cuma nak makan je kat situ sebenarnya. Oh God.. syukur nampak you. I boleh agak you sure hantar kawan or whatsoever. Tapi tiba-tiba datang satu mamat tarik tangan you. Then hugs you. And you? I tengok macam dah biasa je?" terangnya panjang lebar. Aku terdiam. Sedih dan terharu. Ya aku pindah rumah tanpa memberitahu dia. Salah aku kah? "Kenapa diam? Tak nak tegakkan benang yang basah?" Dia mencabarku kembali. "Mana pulak dapat no I tetiba?" tanyaku mengubah topik. " Dear, I Hisyam la. Siapa kawan you I ambil tahu. Bukan macam you. I dapat dari Yasmin. Ingat Yasmin? Kawan baik you kat sekolah dulu. Yang dah kawin dengan Izuan kawan I. Ke dah tak ingat sebab asyik sangat bercinta?" Semakin sakit hatiku mendengar kata-katanya. Ya, Yasmin. Tahun lepas telah menjemputku untuk menghadiri majlis pernikahannya. Malangnya aku tidak dapat hadir kerana demam teruk. "So?" soalku sengaja membakar hatinya. Dia tidak patut menuduh aku seperti itu. Hatiku panas mendengar semua itu. "You tau apa I rasa?" Aku mendiamkan diri. Lebih baik diam dari bercakap dan menaikkan amarahnya. "I rasa macam gelas yang jatuh terhempas lepas tu kaca tu kena pijak2 ... hmm macam tu lah." luahnya. Serentak itu aku seakan mendapat semula kewarasanku. Dia benar-benar kecewa. Aku cuba meletakkan diri ditempatnya dan ya.. aku merasa keperitan yang dirasainya kini. Aku pejamkan mata. Titis air mula bergenang di bibir mata. Dapat ku rasakan penghujung cerita hubungan ku dengannya. "Nad... I really loves you but you hurt me. You really hurt me." Ada sendu dihujung suara. Airmataku mula mengalir. Apalagi yang harus ku katakan. "It's not like what you think. It's not." rayuku. Airmata terus mengalir laju. "I doakan you bahagia, Nadia. I sentiasa sayangkan you. Cuma I tak boleh terima you. Maafkan I." ujarnya perlahan. Hujan airmata memang tak dapat dibendung lagi. Mengalir menuruni cerun-cerun pipi yang bersih dan Lin terus memelukku erat. Aku meraup tangan ke muka. Astaghfirullahalazim... Kenangan itu masih menggelintari minda. Dingin malam yang semakin rakus menjamah tubuhku langsung tidak dipedulikan. Aku masih ingin bermesra-mesraan dengan kenangan silam bersama Ahmad Hisyam. 

"Kau tak teringin nak kawin ke Nad?" Lin bertanya sambil menghulurkan bayi lelaki yang baru dilahirkannya malam tadi. Aku sekadar tersenyum sambil membelek bayi comel milik Lin. Lin menggelengkan kepala. "Abang Zul pun sama. Maybe you're meant for each other." ujar Lin. Aku membiarkan saja dia dengan idea lapuknya. Zulfaizal... lelaki yang begitu setia menanti kata cinta dari perempuan bodoh seperti aku. "Dia ada sini, Nad. Kejap lagi dia sampai. Tunggulah dia kejap." ujar Lin lagi. Aku mencium bayi Lin. "Ada rezeki aku, jumpalah dia nanti. Bukan aku nak balik sekarang pun. Aku datang nak tengok kau. Bukan nak jumpa dia." balasku memujuk hati Lin. Serentak pintu bilik terkuak. Aku melempar senyum. Zulfaizal juga. Wajahnya ceria. Setelah bertanya khabar sambil berbual mesra dengan Lin aku cuba mengundur diri untuk pulang. " Aku hantar kau Nadia." pelawa Zulfaizal. "No thanks. Aku bawa kereta tadi." Cuba menolak pelawaannya dengan sopan. "Biar aku yang bawa kereta kau. Kau jadi mem. Mana nak pergi aku hantar." ujarnya sambil mengenyit mata.  Pensyarah berstatus Prof Madya itu galak menggoda hatiku. Aku membalas usikan dengan senyuman. "Jumpa aku kat lobi. Aku nak ke tandas dulu." Zulfaizal tersenyum lebar. Puas hati mendengar jawapanku.

Keluar dari tandas aku terus menuju ke lif untuk ke lobi di tingkat bawah. "Nadia?" Aku menoleh. Ahmad Hisyam? Mataku tidak berkelip memandangnya. "You melawat siapa kat sini?" soalku cuba menahan getar didada. Sungguh aku amat merinduinya. Susuk tubuhnya agak berisi seiring dengan pertambahan usia. Cuma renungan mata yang tidak berubah. Aku lemah. "Kakak I bersalin. Sorang? Where's your husband?" Aku menggeleng kepala. "I ni perempuan curang. Siapa nak kan I." balas ku. Sinis. "Wife?" soalku.  Ahmad Hisyam tidak menjawab. Sekadar menghulur tangan menunjukkan tempat duduk yang ada di kawasan menunggu. "Come and have a sit. Since dah lama tak jumpa. Kita sembang2?" ajaknya. Aku menurut. Teringin benar untuk mengetahui kisah hidupnya selepas kejadian itu. Dia nampak lebih matang sekarang dengan sedikit janggut didagu dan bercermin mata. Aku begitu senang mendengar ceritanya sama seperti dulu. Sesekali aku mencuri pandang matanya. Gaya pertuturannya masih serupa. Lembut dan teratur. "Tell me the truth. Where's your husband?" tiba-tiba dia menyoal serius. "I never lie to you. I'm still single. Tunggu you yang tak ingat I." ujarku selamba. "Really?" soalnya lagi. Dapatku lihat ada sinar dimatanya. Sedang aku? Menahan perit ditinggalkan begitu saja. Menjalani kesedihan seorang diri. Melawan kerinduan yang begitu tinggi. Namun segalanya harus kutahan. Demi menjaga maruahku sebagai seorang perempuan. "

So, selama ni I bersangka buruk dengan you? Damn!.. forgive me?" Aku membatukan diri. Semudah itu?  " I dah lupakan perkara tu." Aku cuba berbohong. "Nad... I still loves you." Ya Allah! Kuatkanlah semangat ku agar tidak terus lemah dihadapan lelaki ini. " Yes, true. You loves me. I heard that before and I let myself to believe it.. But what I get? Nothing less than pain." luahku. Ahmad Hisyam terdiam. Tersandar di sofa tempat menunggu. Perlahan dia memegang tanganku. "I admit I ego. But now I know you really loves me. We start it again?" pujuknya perlahan. Selama ini ayat itulah yang selalu ku tunggu-tunggu. Aku terlalu inginkan kata-kata itu keluar dari bibirnya. Tetapi entah mengapa fikiranku terkenangkan Zulfaizal. Dimana dia? "Wife?" soalku ingin tahu. Ahmad Hisyam tersenyum. "You my one and onlyla, dear." ujarnya sambil terus menggenggam tanganku."Tapi I penat. Penat tunggu you. I tak tahu kalau you tiba-tiba hilang lagi dalam hidup I. Really can't take it anymore" Sesungguhnya aku penat menanti. Walaupun ini yang kutunggu tetapi ada curiga terbit difikiran waras ku. Selain rasa yang berlainan terhadap Zulfaizal. "I'll never leave you anymore. Promise." Aku masih bingung. Cintakah lagi aku padanya atau aku sekadar ingin membuktikan kesetiaanku yang aku tidak bersalah padanya? Benarkah dia masih cinta padaku sedangkan dia tidak pernah mencari aku sejak kejadian itu? Terbayang kesabaran Zulfaizal dalam cuba mendapatkan cinta. Lelaki itu tidak pernah memaksa malah sentiasa berada disisi saat aku jatuh sakit kerana kecundang dalam cinta bersama Ahmad Hisyam. Yang mana satukah yang lebih layak mencintai ku?

Perlahan genggaman tangan Ahmad Hisyam kulepaskan. Aku tidak lagi mahu menjadi pungguk. Aku tidak mahu lagi menjadi hamba cinta Ahmad Hisyam. Walaupun dia amat kucintai tetapi Zulfaizal lebih ikhlas menyayangiku. " Nadia dear.. why?" Ahmad Hisyam melahirkan kebimbangan. Tidak mungkin gadis yang paling dicintainya berubah setelah begitu setia diuji dengan keegoan nalurinya sebagai seorang lelaki. "Nadia?" tiba-tiba suara Zulfaizal memecah suasana. Dia memandang Ahmad Hisyam dengan wajah penuh tanda tanya. Bulat mata Ahmad Hisyam melihat Zulfaizal. Lelaki yang pernah menjadi dalang terputusnya hubungan cinta bersama Nadia. Ahmad Hisyam menghulur tangan tanda perkenalan. Zulfaizal menyambut pantas. "Hisyam?" tanya Zulfaizal. Ahmad Hisyam tersentak. Dia kenal siapa aku? Bisik hatinya. Zulfaizal tersenyum. Ahmad Hisyam rasa terganggu. "Nadia?" Ahmad Hisyam semakin bimbang melihat Zulfaizal semakin merapati Nadia. "Nadia...aku tunggu bawah." ujar Zulfaizal sambil mengambil kunci keretaku. Dia kemudian berpaling kepada Ahmad Hisyam. "Manusia hanya akan lebih menghargai bila sedar sesuatu itu sukar didapati. All the best." ujar Zulfaizal sambil menepuk bahu Ahmad Hisyam seraya pergi meninggal kami berdua.

Pertemuan singkat antara Ahmad Hisyam dan Zulfaizal mengundang perasaan anehku terhadap Zulfaizal. Selama ini aku dibutakan oleh cinta Ahmad Hisyam. Aku terlalu taksub untuk menunjukkan kesetiaanku kepada Ahmad Hisyam. Aku terlalu pentingkan diri hanya kerana Ahmad Hisyam adalah cinta pertamaku. Melihat pandangan mataku yang masih terarah kepada Zulfaizal, Ahmad Hisyam faham kedudukannya kini. Dia akur telah tewas ditangan Zulfaizal.

Terimbas saat Zulfaizal merangkul bahu Nadia. Hatinya pedih melihat kemesraan itu. Rasa cemburu menyesak di dada. Lantas mencari telefon bimbit dan terus menghubungi Izuan. Malam itu selepas memutuskan hubungan dengan Nadia terbit rasa bersalah kerana bertindak melulu. Membuat tuduhan tanpa menyiasat perkara sebenar. Mungkinkah lelaki itu sepupu Nadia? Atau mungkinkah mereka sahabat seperjuangan? Ah.. mata telah melihat segala-galanya. Bukankah itu sudah cukup membuktikan hubungan mereka berdua? Masa terus berlalu. Ahmad Hisyam terus memperkukuhkan ekonomi dirinya. Sebagai usahawan muda yang berjaya, dia sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan. Dalam tempoh itu, nama Nadia tetap terpahat dihati. Namun kerana keegoan yang tinggi Ahmad Hisyam sengaja membiarkan gadis itu terbiar sengsara. Ahmad Hisyam sentiasa mengambil tahu perkembangan gadis itu dari jauh. Walaupun tahu kepayahan gadis itu merawat luka namun dia terus mendiamkan diri lantaran terlalu malu untuk mengakui kesilapan. " Nad... if you love me then you should go with him." akhirnya Ahmad Hisyam bersuara. Aku terpana. Inikah kesudahannya? Ahmad Hisyam merenung mataku. Dalam. "Trust me. He's the one." ujarnya lagi. Airmata tumpah lagi. Kali ini lebih cepat. Ahmad Hisyam yang begitu ku dambakan melepaskan aku dengan rela. Terbukti kini cintanya sekukuh gunung. Sanggup menoktahkan cinta demi kebahagiaan orang tersayang. Dengan pantas aku memeluk Ahmad Hisyam buat kali terakhir dan terus berlari untuk memberitahu Zulfaizal noktah cinta ini.